Azfia Aziz. Powered by Blogger.
RSS

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Semua

Damea


Damea
 Hujan renyai-renyai di luar…jam menunjukkan pukul 11.10,tapi mataku susah na lelap.Diruang fikiranku masih terbayang-bayang lagi dengan tindakannya semalam  .,,Mungkin dia tidak memahami bagaimana perasaan sebagai seorang kakak kerana dia merupakan anak bongsu dalam adik-beradik.Mungkin juga dia tidak faham bagaimana perasaan seorang kakak yang berpisah dengan adik-adiknya selama 9 tahun.Mungkin dia tidak faham betapa eratnya hubungan kami suatu ketika dulu..hanya Allah saja mengetahui hati nurani seorang kakak yang sangat merindui adik-adiknya”akak nanti tahun baru kita buat bbq ea”kata adikku kepadaku..aku pun membalas”insyaallah kalau ade rezeki  lebih dek”…
  Keesokan hari nya permintaan adik Damea  disuarakan Damea dengan suaminya Haikal.”abang nanti saya nak beli sedikit makanan untuk bagi kat rumah mak,adik-adik nak sambut tahun baru”kata Damea..jawab suami Damea”buat apa nak sambut tahun baru tue,tue bukan nya tahun baru kita!”dia bertegas…Damea pula membalas kata-kata suaminya dengan nada yang lembut..”tak apelah bang bagi je untuk menggembirakan hati  adik-adik anggapla bbq tue dibuat bukan utk menyambut tahun baru…tp untuk kegembiraan hati adik-adek..kesian dia orang nak makan bbq bang”.”tak pun untuk sambut hari ulangtahun perkahwinan kita bang”..Haikal diam…lama Haikal berdiam tanpa suara sehingga lah sampai dirumah.Damea pun bersuara dengan nada suara yang lembut lagi”kalau abang rasa tak ikhlas nak bagi  tak payah bagi bang”kata Damea.Haikal pun marah-marah lalu menghempas beg nya…Damea yang tidak suka dengan cara Haikal lalu dia naik atas(dalam bilik) dan menangisla Damea..Suami Damea naik atas(dalam bilik)..sambil menangis Damea menyuarakan rasa hati nya kepada sisuaminya…”abang saya bukannya patung @boneka,saya punya perasaan..”kata Damea…dengan perasaan yang sedih lagi,Damea duduk kat bilik sebelah beberapa minit untuk melayan perasaan sedihnya.Selepas keluar bilik,Damea pun turun bawah lalu menuju kedapur untuk menyediakan makanan untuk Haikal & anak-anaknya.Walaupun dilakukan sedemikian Damea tahu suaminya lapar dan dahaga setelah seharian bekerja.Setelah selesai menyediakan makanan Damea menyuruh anaknya Aiman mempelawakan ayahnya makan.Damea tidak makan kerana kepala nya pening kerana dia menanggis.Selepas itu Damea naik atas balik,dan baring diatas katil bilik sebelah.Tanpa disedari Damea pun tertidor  dibilik sebelah.Haikal dengan egonya sedikitpun tidak menjegok mahupun memujuk Damea yang tengah bersedih.Itula salah satu sifat lelaki kepada insan  yang bergelar wanita.Dia tak nak hilangkan keegoannya sebagai lelaki…setiap kali memang macam tue…kalau dia part-part macam nie,Damea akan memujuk hatinya sendiri.Tapi kali nie hati Damea betul-betul terluka..dan sangat-sangat terluka..
  Dalam hati kecil Damea berkata”aku tahu Abang Haikal masih marahkan keluargaku tentang kejadian yang berlaku di awal perkahwinanku,tapi kenapa aku yang kena tempias amarahnya”salahkah aku?”aku tahu dia hilang segala-galanya..tapi dia tak hilang kesetiaan,kejujuran,kasih sayang,perhatian  seorang isteri kepadanya,walaupun sanggup meredah lautan Damea sanggup disisinya dikala suka mahupun dukanya..Kenapa sampai sekarang dia seolah-olah masih berdendam lagi..”ya Allah,Hilangkanlah perasaan dendam umatmu ini sesama  hambanya”..”Ya Allah jangan la pintu hatiku tertutup untuk nya,kerana hambamu ini masih sayangkan dia”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELUARGA PERMATA HATIKU



Keluargaku
Kau penyeri hidupku
Sejak kita di pertemukan
Hidupku kini penuh perubahan
Aku cukup gembira
Sejak adanya kamu
Keluargaku yang baru
Aku tahu
Aku tiada apa apa berbanding kamu
Apa yang ku miliki hanyalah keikhlasan menerima keluargamu sebagai keluarga sebenarku
Aku sayangai setiap insan yang selalu menyanyangiku
Aku amat mencintai kamu
Setelah lama aku berdoa kepada Allah
Akhirnya doaku di makbulkan Allah
Aku di pertemukan dengan sebuah keluarga yang sungguh mulia
Aku sedar aku hanya pekerja bawahan sahaja
Namun kebaikkan mereka menganggapku bukan pekerja biasa
Tetapi sebagai adik angkat di dalam keluarganya
Aku sungguh gembira dan teruja
Aku terharu tiada tekata
Akan ku cuba menjaga segala tingkah laku ku
Agar ku tidak menghiris hati kamu wahai keluargaku
Ya aku akan lakukan yang terbaik bagimu
….

Keluargaku
Kini ku bekerja dengan penuh semangat
Kini ku bekerja dengan penuh kegembiraan
Kini ku bekerja dengan penuh ketabahan
Agar ku boleh mencari kewangan
Bagi membantu menyara kehidupanku sendiri
Namun,,,sedari wahai keluargaku
Kini ku bekerja adalah untuk kebersamaan
Buat keluarga kandungku
Dan buat keluarga angkatku
Iaitu keluargamu abg dan akak ku
Wang penghasilan dari kudrat kecilku
Adalah milik kebersamaan kita.
Akan ku berikan jika kamu memerlukan dan jika aku mampu curahkan
Namun  apa ku kejar sepenuhny adalah kebahagiaan,,,barulah di susuli dengan kewangan,,
Bagiku tiada guna wang harta kekayaan jika jiwa ku tiada tenteram…

Mulai sekarang,,usah malu segan,,,zan akan kongsikan segalanya
Zan tidak mahu bercakap tentang orang lain lagi kecuali ttg abg akak dan keluarga kita sahaja,,,
Apapun terima kasih kak dan abang kerana sudi menerima zan sebagai keluarga akak
zan sangat sangat bertuah dan bersyukur,,,mendapat abang dan kakak yang baik dan dua adik yang comel walau hyper sikit hehe… terima kasih banyak banyak,,,ada masa zan akan bertandang ke rumah akak…jika zan bercuti dan sebagainya,,,,

 HASIL NUKILAN ADIKKU RAMIZAN RAMLI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Collections
























keluargaku permataku
mendidik anak anak kesayanganmu
besarnya ia menjadi tulang tenaga berjaya
semoga menjadi anak yang berjasa pada ibu dan bapa
semoga keluargamu sentiasa ceria bahagia 











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keluargaku cahaya Kehidupanku






Keluargaku Permata Hatiku

Keluargaku Tersayang
Membina Harapan Menjulang
kasihmu Tiada Hilang
Memberi Dorongan Dan Harapan


Keluargaku
Kau Memberiku Semangat
Berdiri Teguh Membina Keyakinan
Kau Keluargaku
Penuh Kebahagiaan
Bersama Tersenyum Riang
Mencari Kasih Yang Hilang
Akhirnya Bertemu Penuh Rahmat Dan Kesyukuran

Tersenyum Selalu
Agar Ku Tahu Kau Gembira
Itu Lebih Utama 
Dari Segala Kedukaan Diri Ku

Maafkan Segala Kesalahanku
Atas Apa Kesilapan Dariku
hazafkan Dosaku
Ampuni Aku
atas Kekuranganku

Keluarga Ku Tercinta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS