Azfia Aziz. Powered by Blogger.
RSS

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Semua

Damea


Damea
 Hujan renyai-renyai di luar…jam menunjukkan pukul 11.10,tapi mataku susah na lelap.Diruang fikiranku masih terbayang-bayang lagi dengan tindakannya semalam  .,,Mungkin dia tidak memahami bagaimana perasaan sebagai seorang kakak kerana dia merupakan anak bongsu dalam adik-beradik.Mungkin juga dia tidak faham bagaimana perasaan seorang kakak yang berpisah dengan adik-adiknya selama 9 tahun.Mungkin dia tidak faham betapa eratnya hubungan kami suatu ketika dulu..hanya Allah saja mengetahui hati nurani seorang kakak yang sangat merindui adik-adiknya”akak nanti tahun baru kita buat bbq ea”kata adikku kepadaku..aku pun membalas”insyaallah kalau ade rezeki  lebih dek”…
  Keesokan hari nya permintaan adik Damea  disuarakan Damea dengan suaminya Haikal.”abang nanti saya nak beli sedikit makanan untuk bagi kat rumah mak,adik-adik nak sambut tahun baru”kata Damea..jawab suami Damea”buat apa nak sambut tahun baru tue,tue bukan nya tahun baru kita!”dia bertegas…Damea pula membalas kata-kata suaminya dengan nada yang lembut..”tak apelah bang bagi je untuk menggembirakan hati  adik-adik anggapla bbq tue dibuat bukan utk menyambut tahun baru…tp untuk kegembiraan hati adik-adek..kesian dia orang nak makan bbq bang”.”tak pun untuk sambut hari ulangtahun perkahwinan kita bang”..Haikal diam…lama Haikal berdiam tanpa suara sehingga lah sampai dirumah.Damea pun bersuara dengan nada suara yang lembut lagi”kalau abang rasa tak ikhlas nak bagi  tak payah bagi bang”kata Damea.Haikal pun marah-marah lalu menghempas beg nya…Damea yang tidak suka dengan cara Haikal lalu dia naik atas(dalam bilik) dan menangisla Damea..Suami Damea naik atas(dalam bilik)..sambil menangis Damea menyuarakan rasa hati nya kepada sisuaminya…”abang saya bukannya patung @boneka,saya punya perasaan..”kata Damea…dengan perasaan yang sedih lagi,Damea duduk kat bilik sebelah beberapa minit untuk melayan perasaan sedihnya.Selepas keluar bilik,Damea pun turun bawah lalu menuju kedapur untuk menyediakan makanan untuk Haikal & anak-anaknya.Walaupun dilakukan sedemikian Damea tahu suaminya lapar dan dahaga setelah seharian bekerja.Setelah selesai menyediakan makanan Damea menyuruh anaknya Aiman mempelawakan ayahnya makan.Damea tidak makan kerana kepala nya pening kerana dia menanggis.Selepas itu Damea naik atas balik,dan baring diatas katil bilik sebelah.Tanpa disedari Damea pun tertidor  dibilik sebelah.Haikal dengan egonya sedikitpun tidak menjegok mahupun memujuk Damea yang tengah bersedih.Itula salah satu sifat lelaki kepada insan  yang bergelar wanita.Dia tak nak hilangkan keegoannya sebagai lelaki…setiap kali memang macam tue…kalau dia part-part macam nie,Damea akan memujuk hatinya sendiri.Tapi kali nie hati Damea betul-betul terluka..dan sangat-sangat terluka..
  Dalam hati kecil Damea berkata”aku tahu Abang Haikal masih marahkan keluargaku tentang kejadian yang berlaku di awal perkahwinanku,tapi kenapa aku yang kena tempias amarahnya”salahkah aku?”aku tahu dia hilang segala-galanya..tapi dia tak hilang kesetiaan,kejujuran,kasih sayang,perhatian  seorang isteri kepadanya,walaupun sanggup meredah lautan Damea sanggup disisinya dikala suka mahupun dukanya..Kenapa sampai sekarang dia seolah-olah masih berdendam lagi..”ya Allah,Hilangkanlah perasaan dendam umatmu ini sesama  hambanya”..”Ya Allah jangan la pintu hatiku tertutup untuk nya,kerana hambamu ini masih sayangkan dia”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

kasih sayang yang tiada penghujungnya...memang sukar untuk kita tafsirkan...kerana setiap insan memiliki pelbagai citarasa tersendiri...itulah manusia...memiliki pelbagai ragam yang perlu di hadapi...kerana dia Allah Telah Jodohkan...Kerana Dia Lelaki Pilihan...Berarti kita telah bersedia menghadapi segala galanya penuh kesabaran dan ketawakalan..insyaallah suatu saat akan berakhir segala persoalan...

Post a Comment